Background

Friday, October 28, 2011

Cairo sangat seronok part 2


Assalamualaikum semuanya! Jadi bertemu lagi kita dalam Cairo sangat seronok. Saya telah memutuskan untuk memendekkan peneceritaan dan menambah koleksi gambar kerana tangan sungguh lenguh menaip. Boleh kan rakan-rakan? 

Gambar diatas adalah Kubu Salahuddin Al-Ayubi. Apa? Siapakah Salahuddin Al-Ayubi? Sungguh ajaib ada juga manusia tak kenal, hmm hmm sebab malas nak cerita apa kata anda guna cik Google untuk menambahkan ilmu anda. Telah buat? Good girl and boy. T___T


Muka girang makan ayam masak kurma dengan minum air teh dan telah selesai solat jamak. Yes.

Kubu Salahuddin or known as Salah Al-Din Citadel ni sangat cantik dan scenery breathtaking. Dalam kawasan kubu ni ada masjid, muzium askar dan macam-macam pusat lagi. Jom kita jalan-jalan!


Tourist yang batak ambil gambar. 



Bersama boyfriend terbaru. Janggut dia menawan hati. :')


Kapal perang yang urm urm urm, hebat. 



Best cheerleader on earth bersama best soldier on earth. We are sweet. :')

Sebenarnya dalam file ada 2000 gambar tapi sampai habis sixth year kat sini pun takkan habis kalau upload semua. Wuwuwuwu
Okaylah, nanti kita buat part 3 nak? Nak shopping dekat Mina Mall ni. Hikhik tata everyone! Have a nice day! :)

Cairo sangat seronok



Assalamualaikum pembaca bertuah. Saya ingin meminta maaf kerana sudah lama saya tidak mengunjungi baby saya kerana kesibukan diri melawan pelbagai perasaan malas. (-___-') Jadi setelah berkira-kira dan bertanya amu sayur bawah rumah apa tajuk sesuai nak cerita, saya telah memutuskan untuk menceritakan pengalaman saya mengunjungi Kaherah, ibu kota Mesir. Ayuh kita baca beramai-ramai.



Sebab kami kena bertolak ke Kaherah awal pagi, kami terpaksa menumpang kasih tidur di asrama Mara. Terima kasih Nadhirah Zaib sebab menjadi tuan rumah bagi kami tempat berteduh. Trip kami kali ini hanya disertai pelajar perempuan dibimbing abng serta kakak comel yang merupakan pasangan suami isteri. Haa amik kau baru tahu Mesir ni alim macam mana. T____T

Perjalanan about 2/3 jam bergantung kepada trafik.Tapi tak banyak yang boleh cerita sebab dalam bas asyik tidur tahu-tahu je sudah lepas sungai Nil. Ciss tak adil sungguh kehidupan. Tempat pertama yang kami lawati semestinya Piramid of Giza sebab piramid ini paling sempurna binaanya dan memang tarikan pelancong. A little info untuk anda semua, kerajaan Mesir baru sudah tidak membina piramid kerana memakan kos yang sangat besar dan kerajaan terpaksa memburuhkan rakyat. Sebagai solusi, raja-raja telah dikebumikan di satu tempat yang jauh daripada orang ramai kerana mengikut kepercayaan mereka, harta turut dikubumikan bersama si mati agar dapat digunakan di alam lain. Untuk mengelakkan kecurian, kerajaan terpaksa mencari tempat pengkebumian yang jauh daripada rakyat.

Okay penat dah ni sebenarnya taip macam buat karangan BM time SPM tapi karangan ini lagi kencang penulisannya.



Sebab pelancong harus mengambil gambar yang macam pelancong. Oh sungguh cliche kehidupan.

Time dekat piramid ni entrance fees hanya sebanyak Egp 30 dalam 15 ringgit sebab kami student. Lepas dah masuk dipersilakan berguling-guling, mungusap batu bata piramid, menangkap gambar sebanyak yang mungkin sambil mengelak penjual tepi jalan yang bertungkus-lumus memaksa kita membeli barang. Tapi sebab kesempitan duit, kami tak masuk dalam piramid, naik unta mahupun kuda. (-____-')





 Nah rasakan serangan gambar bertubi-tubi.


Piramid ni a must visit place kalau datang Mesir. Spare some time to come here and see it for yourself. Bagaimana Allah ilhamkan dalam hati manusia untuk mencipta binaan seunik ini, MasyaAllah. (sebenarnya telah pinjam ayat abang yang jadi tour guide) Terima kasih abang.

Then lets move to Sphinx which is a cat or a lion? Err entah la mungkinkah acukan kucing dan singa maka terbinalah Sphinx? Keliru ni. Sphinx ni pun boleh tahan menarik dan unik ala-ala Sunway Piramid dekat Subang.

Lepas dah berminyak-minyak muka tahan panas sebab nak tangkap gambar, kami telah berehat di Masjid Amru bin Al-As. Sorry kalau ejaan tak betul tapi sebenarnya masjid ni masjid pertama yang dibina di Mesir oleh Amru bin Al-As. Sila Google sendiri kalau nak tahu history masjid ini. ---------




 Lagi serangan gambar

Masjid ini sangat lah cantik dan Alhamdulillah rasa bersyukur sangat dapat merasa bersolat, berdoa di sini.

Okay lah, macam dah panjang post kali ini, nanti the rest of the story kita sambung dalam post lain ye.
Pesanan ringkas daripada penaja. Jaga ibadah, jaga akhlak, minum banyak air, mari bersenam dan mari jadi pelajar cemerlang. :)

Saturday, October 1, 2011

Egypt part 2


 Hi and hello from the land of no rain and extreme driver.

So it seems like I'm kinda used of living here. I can eat the foods, I still have a good time and I am more expert in sign language since I still haven't master my Arabic language. But I'm also turning numb. I seem to be less sad when my family said they misses me. I feel completely nothing.

Its October now and class will start in a week, and should I say I am thrilled to be called a medic student. Not to add on the pressure of studying, lack of sleep, tonnes of work and a million other problem. At the end of the day, I'll make myself a cup of coffee. That's the best cure for someone like me.I did browse through Kak Iman's module 1 and 2. Its gonna be an interesting when I start studying.

I feel sad sometimes, I don't know why but I feel vulnerable. Now I understand Kak Wa when she said that I gotta find a guy where I can rely on here, not being flirty but a helping hand. Being in another country, without a guy by your side can be a challenge sometimes. Trust me.

Okay I'm sorry for posting super random things. I still haven't had the mood to update precisely on the food, culture and stuff. Till then, take care guys and girls! May Allah bless you and me.

Monday, September 19, 2011

Egypt


Ya Allah tak sangka dah sampai Egypt.
By the way sorry for not updating, its been pretty hectic and macam lah ada orang baca kan. Hehe

Anyway Alhamdulillah so far everything is good.
Danisha Soraya is still going strong lah.
Praying for the best.

Okaylah, i will post some more InsyaAllah later.
I am more active on twitter so you can find me there.

"Adik jauh di mata tapi sangat dekat di hati," - Mummy, before leaving Egypt. *Big bear hug* :')

Saturday, June 18, 2011

Please :/

Ya Allah please
Set my heart straight
My focus 100% ahead
Please Heart,
Don't be so rebellious
This ONE time
I need strength

Saturday, June 11, 2011

ERL, US dan Bola Sepak

Hi Hi Semua! Apa Khabar anda? Aku sihat je. XD Jadi hari ini aku mengalamai hari yang boleh tahan adventure lah ye, kenapa adventure? Adakah sebab raksasa telah turun ke bumi dan menakluk dunia dan aku sebagai superhero harus mempertahankan penduduk bumi? Ohh kenapa aku melalut time macam ni? Sebenarnya hari ini, 11 Jun 2011, aku dan rakan rakan batch yang lain telah menghantar Niah dan Nuek ke KLIA sebab diaorg akan melanjutkan pelajaran di US, Omg aku pulak yang excited lebih! Sukanya sukanya! (sila baca dengan nada manja dan ceria, menepuk tangan dan melompat kegirangan)


Wuwuwuwuwuwuwu sedihnya aku try grab gambar niah tapi dia privatekan pulak dah T____T Tapi anyway aku dan Mimi kesayangan telah berjaya sampai ke KLIA dengan bantuan Aisyah tersayang dan Husni Afiq yang baik, ehem ehem -_______- (aku puji kau ni, suka tak?) Tapi satu je yang membuatkan air mata aku mengalir dalam hati, aku kena naik ERL yang menelan duit aku sebanyak 16 ringgit, wehhh banyak tu 16 ringgit, makan dekat Raff 4 hari kenyang wa cakap sama lu! Memang mula-mula aku emotional jugak sebab KLIA express punya ticket harga 35 ringgit, memang tak lah aku nak beli kan, baju aku pun aku cari harga lagi murah. Kan dah kantoi aku beli baju murah murah, Cis!


Tapi memang selamat kiteorang sampai KLIA and happy pulak aku sebab ramai budak batch yg menghantar diaorg, yang nk fly 2 org, tapi sekampung datang, haha Bangga aku kawan-kawan aku berjaya macam ni :') Nanti tunggu sebab aku pulak menyusul ye.Tinggi angan-angan aku kan, padahal belajar math separuh jalan, good job Danisha!


Oh malam ni jugak Terengganu lawan Kelantan, Peteh Ganu Peteh, alah aku tak kisah menang kalah, janji aku enjoy tengok orang pakai macam sakai pastu bawak bendera negeri masing-masing, oh peliknya tujuan aku minat bola kan? Nanti lah aku bagi post panjang sikit, aku ni duk teringat report physicys yang due monday ni, nak mampus aku kalau tak hantar, baik aku berusaha jawab, soalan dahla susah, critical thinking bagai mencabar neuron otak aku. Selasa pulak ada test math, takkan aku nak bodoh sorang je, aku tak suka jadi bodoh, biar pandai baru cool, okay doakan aku consistent study, jangan tangan gatal nak online.Haaaaaaaaaaa

P/S : Ouch aku sedih ni, so bila sedih kita kena buat apa ye? :/

Thursday, June 9, 2011

4 Ringgit Awak :)

Assalamualaikum wbt brothers and sisters! eh suka hati je, bila masa mak aku kahwin dengan ayah korang? Okay so i'm back!!!! Ohhh agak lama aku tak update blog aku ni, the main reason is sebab aku dah sambung study balik, and its at UiTM Puncak Alam in Asasi Sains. Apa itu asasi sains? Dia ala-ala preparation untuk kami sambung study dalam bidang yg lebih specific time degree nanti. Okay memang pelik aku explain tapi sebab macik dan pacik zaman sekarang ni manalah thu pasal asasi ni, zaman dulu yang ada pun only matriks, so bila sebut asasi ni terkebil kebil mata diaorg nak faham apa course tu. And tak kurang jugak ada yg ingat bdk2 asasi ni low lah, macam x lepas SPM gitu, takpe macik, saya maafkan, ikhlas ni.

Alhamdulillah so far class aku semua okay lah, belajar memang laju macam bullet train, tapi bullet train ada jugak stop kt platform, kiteorg ni belajar non stop.Bayangkan class aku everyday start 8.30 pagi, ada hari 6.00 petang baru habis class, kalau lecturer rajin smpai 6.30 dia extend class, and in between class ada 10 minutes break untuk kiteorg lari-lari tukar class, berebut lif, naik tangga, rempuh budak sana sini, baru masuk class lain. T_____T Memang mula-mula tuh horror jugak aku kan, yelah ingtke masuk universiti ada masa relax, ni lagi panjang class. Then lepas Maghrib aku ngan Mimi akan turun Raff nk smbung study dgn bdk2 lain, memang otak aku macam saturated fat jadinya. So maafkan aku for the lack of post. (macam ada je org tunggu post baru aku) hahahahaha

Oh ye rumah aku best lah jugak! Satu rumah only ada 8 orang, toilet pun ada 3 dalam rumah, and part yang paling best sebab roommate aku adalah Sharmimi Razak, so tak payah susah-susah aku nak buat ice breaking dengan orang baru, and aku tengok housemate aku pun okay je, happening lah jugak even masin-masing tension dengan tutorial and class.Kiteorg pun suka lepak sama-sama sambil berbincang pasal topic yang tak difahami, (tipu je ni)

Tapi benda paling aku nak cerita kat sini is makanan dekat UiTM ni murah gila tahap susah nk percaya, memang aku dah survey, rata-rata bagi harga terbaik dari ladang. Aku paling suka tapau nasi bungkus dekat satu kedai ni nama Ema Cafe sebab lauk dia paling banyak and sedap, dan yang paling menariknya is betapa banyak aku amik lauk, contohnya nasi dengan ayam, kuah, sayur and telur masin, harganya mesti 4 ringgit and abang yang jaga kaunter ni mesti sebut, "4 Ringgit awak," :D Okay serious hari2 aku dengar dia sebut harga ni dekat aku, and bila beruntung sikit lagi murah, memang heaven, :') Thank You Ema Cafe!

So even aku penat study pagi petang siang malam, aku nak take life as simple as it should be, bak kata Mimi, Bila nak study kita study, penat kita tido, lapar kita makan, :)

Friday, May 20, 2011

Terasa terasa

Assalamualaikum wbt

Aku rasa korang mesti muntah hijau baca fourth post aku for the day. Eleh aku tak kisah pun, serious tak. Tapi aku macam nak cerita something dekat korang, sedih ada, nak marah pun ada. Relax Danisha relax! Okay korang taknak tahu pun aku nak cerita. 

Macam ni ceritanya, aku ada ramai kawan, mestilah tak ada apa pelik dengan ramai kawan. Yes aku akui aku susah nak open up diri aku dekat orang, tapi bila aku dah kenal orang, my God, aku ni boleh jadi annoying macam beruk dapat pisang. The problem is, aku sangatlah tak suka fake friends. Macam mana fake friends ni? Aku rasa most of you out there must have one or some. Terpulang pada tahap persahabatan korang lah kan? And sebenarnya fake friends ni okay lagi sebab takkn lah kita ni disukai oleh semua orang kan? So fake friends are a good way of testing how true your friends is to you.



********************************MY BABES***************************************


Okay the thing is, korang tak rasa sedih, nak marah, sakit hati, and macam-macam lagi bila kawan korang blame korang atas failure or pengaruh buruk diaorg. Like WTH kan? Ada ke aku mintak kawan aku ikut perangai buruk aku? Lame gila nak salahkan orang, c'mon lah, tak maju orang Malaysia macam ini.


A : Kau nak tahu tak, aku punya result SPM teruk sebab dia lah, dia ............................................
B : Oh ye ke? kenapa?
A : Dia kan ..........................................


C : Mak tak suka kau kawan dengan .................. Sebab dia kau ...........................................


D : Sorry lah lambat pergi class! Aku ikut si........................ karok malam tadi, hish dia tuh
E : Padan lah kau


*Okay ini contoh ayat lah, ikut daya kreativiti otak aku buat ayat je -__-


Terasa lah, aku bukan bad influence dekat orang sebab aku bukanlah jahat gila, Alhamdulillah i don't do drugs, sex or alcohol so far. Aku jugak tak pernah mintak kawan-kawan aku ikut perangai aku. Bak kata pepatah, Buang yang keruh ambil yang jernih. So kenapa nak ikut perangai tak elok orang kan? Tak maju bro salahkan orang je, like seriously!


Aku terasa terasa and terasa, whatever your reason is, aku tak suka lah macam ni derr! Lain kali ingat korang dapat bad infuence daripada aku, jangan kawan lah. Hehe okay kawan lah tapi know your limit. Kita dikurniakan akal untuk berfikir, nama sendiri, life sendiri, jangan lah kita rasa kita FLAWLESS pulak blame orang lain atas failure kita!


Aku dah tukar post ni ikut tahap kesopanan aku, takpe aku masih mampu chill sabar gelak-gelak, tapi panasss juga ni derr. Takpe, siapa yang aku tak contact sangat, faham lah kenapa, aku tanak buat life korang miserable lagi. Tak best berkawan kalau kita asyik buat orang sakit hati je.


Okay aku dah start depress and emotional, aku nak tengok Harry Potter lah macam ni. Renung-renungkan ye kawan-kawan, kalau korang pun mesti terasa kan? 


*Gambar tu orang-orang yang buat saya happy, hohoho >.











I'm leavin on a jet plane :')

Assalamualaikum wbt

Okay aku rasa tajuk ni maybe over, sebab aku nak pergi Puncak Alam je pun, gaya nak pergi Amerika, and aku rasa ayah aku drive kereta, bukan jet plane. Tadi mummy sibuk paksa aku check barang apa yang aku nak bawak, in case aku ada kurang barang, boleh pulun beli harini dengan esok. Honestly aku malas nak packing, dulu duduk asrama pun pagi nak balik baru aku tahu packing so maybe tabiat packing last minute dah melekat dengan aku, Nevertheless, aku menjadi anak baik (sangat bajet) pun selak borang UiTM. Minngu destini siswa tu takde lah mintak apa pun, cuma ada satu yang caught attention aku, BAJU KURUNG PUTIH DENGAN KAIN GELAP, aku pun like what...? Baju apa dia nak ni, baju kurung putih? Aku bawak baju sekolah kang ada yang pandang serong pulak, siap mintak kain hitam lagi, depressed aku.

Aku takde lah mintak parents aku beli macam-macam barang untuk aku daftar universiti ini, aku bukan nak pergi bergembira or masuk modelling contest kan, aku nak pergi belajar, so aku rasa nak gasak jelah borong baju kurung prep aku pergi universiti nih, cuma aku tambah dua tiga yang memang ada dalam almari aku. Bab-bab kasut je aku mintak dengan ayah aku, nanti aku post dekat another post ye.And aku ngan Mimie decide nak pakai biasa-biasa je dulu, ala-ala budak skema gitu, bukan apa, awal lagi nak bergaya lebih-lebih, ikut flow sana sudah la.

Aku rasa tertipu dengan kerajaan, cewahhh takla, cuma i thought cuti sampai bulan September so aku dah set mind aku nih, "Danisha, enjoy sampai lebam, cuti lama lagi, " alih-alih UiTM yang daftar awal dulu, hish, depressed lah macam ni.Aku pun tak tahu mana semua stationary aku, maklumlah, dulu habis SPM aku teraburkan satu rumah, now mula terkulat-kulat aku kutip pensil dekat rumah ni, hadoy.

So aku harap korang faham kenapa aku punya post berlambak dekat blogspot ni, aku rindu pulak nanti baby aku sorang ni, Awwwhhh :'). And kepala aku sekarang tengah pening fikir hala tuju hidup aku, so aku dah decide tak nak bercintan cintun throughout my study ni, maybe kalau aku ada boyfriend pun aku akan slow je dengan dia. hehe

Eh macam menyimpang je dengan apa aku nak post sebenarnya, aku nak buat draft barang nak bawak, boleh aku bajet beg saiz apa aku nak bawak, haha. So help me out, apa nak bawa awal-awal ni? Kan senang if boleh bawak satu rumah aku je. Dahla adik aku dah macam mogok je aku tak nak bagi dia guna laptop, maklum lah broadband satu so laptop banyak pun takde guna jugak. Dasar anak last, nak apa je mesti dapat. Takpelah, tadi aku dah tibai nasi tomato dia, so be nice to your sister Danisha. :')

Nanti next post ke kita packing sama-sama yes? Good!

Thursday, May 19, 2011

Makan makan

 Assalamualikum wbt 


Harini aku bangun subuh lepas alarm ayam aku sibuk bunyi, macam biasa sebagai bibik bertauliah aka anak solehah aku pun mengiron baju office ayah aku and memang best hari jumaat sebab baju office dia lengan pendek, save masa aku iron.Aku decide aku tak nak tidur balik lepas subuh walau tidur merupakan benda paling aku suka dalam dunia, yes aku sangat suka tidur, budak SBP yang tegar lah katakan, mana ada peluang mesti aku lelap terutama bila angin sepoi-sepoi bahasa and air-cond bilik pasang tahap paling membekukan, pergh.


Tapi tak, aku rasa nak online dan setelah penat mengeratkan silaturrahin dengan kawan-kawan, perut aku mula nyanyi lagu JLo yang baru tu, Get On The Floor. Tapi aku ignore je, malas bukan main aku ni, makan nak, masak no way, pergi mampus aku nak masak kan? aku tengok sedap je abg aku tidur so aku decide nak tinggu dia bangun jelah. And makin lama perut aku bukan main kuat dia berdisko, kalah Saturday Night Fever.Dah macam IPod dah perut aku main macam-macam lagu so bila abg aku bangun aku buat muka penyu dekat dia, yes muka penyu, pehal kau? haha


Abang aku pun suruh aku masak, macam what? Aku nak masak apa kan? Aku buat muka penyu sakit perut dekat dia and dia cadangkan aku masak je Maggi kari, aku dengan bersemangat pergi dapur, cari periuk Vision mak aku and letak air, tunggu boil and aku campak je maggi tuh dekat dalam, crak dua bijik telur and campurkan sekali, (abg aku lagi pro crack telursebab dia guna satu tangan je). Sementara nak tunggu maggi aku tu masak, aku bukak fridge,and zapp nampak Cheese Cake Wani bagi, slow-slow aku telan Cheese Cake tuh, memang macam heaven gila, macam korang pergi dive dekat Niagara Falls, haha. Bila aku hidangkan tak sangka air macam TERkurang air and maggi jadi sangatlah pekat.Tapi despite everything, aku and abg makan dengan berselera plus minum air rutbir segelas sorang and to close it off, kitaorg makan cadbury yang ayah aku borong dekat sogo semalam, Heaven.


Teringat pulak aku masa kecil-kecil dulu aku kan sekolah cina, so before pergi sekolah, mak aku make sure beli nasi lemak and apam kecik yang warna warni tuu dalam seringgit, zaman dulu, seringgit tu dah dapat 15 biji aku rasa,so aku and abang memang SUKA MAKAN. Dari situ aku develop rasa nak makan and sangat suka makan, bagi aku Allah dah turunkan makanan sedap-sedap dekat dunia so kita rasa, why lah sombong sangat tak nak rasa? haha


Oh oh korang ingat jugak tak if skolah rendah dulu-dulu habis sekolah je masti lari nak pergi beli sate ikan, alah yang harga satu cucuk 50 sen takpun 1 ringgit tak silap aku, Ohmaigod sedap gila aku mesti beli banyak terus, haha.Lepas tu bila penat tuisyen je nanti pakcik eskrim datang, aku pun dengan laju sprint nak beli eskrim, padlepop pelangi yg 80 sen yang memang sedap and aku suka eskrim yam yg dengat biskut, harga seringgit je derr, memang murah gila!






Sebenarnya jangan tanya aku pasal makan sebab memang aku suka makan, dulu time dekat asrama walau makanan tahap campak dekat cicak pun aku make sure aku makan, time kecik dulu adalah jugak aku makan and the cakap, "yecks, tak sedap lansung!" tapi bila aku dah besar ni aku rasa insaf lah kan, *dush. So aku akan kata aku okay dengan makanan, sebab semua makanan adalah rezeki, ada org dekat haiti tuh( eh betul ke aku ni dekat haiti) kelaparan and mati tak cukup makan, kita pulak tak sedap sikit je campak sana sini, sampai kucing dekat Malaysia ni pun kalau bagi makanan tak sedap dia pun taknak makan, Eewwww mengada! Last-last tong sampah jugak jadi mangsa.


Okay sorry lah terbagi ceramah dekat korang, aku just banyak benda nak cakap and aku rasa membazir if tak share. Oh yea arnab aku pun dah gemuk sekarang, mana taknye, pallet dia makan, kangkung, apple, carrot and segala bagai makanan, nasib baik badan dia still gebu-gebu hot even dah beranak 5. XD


Okay sorry again if korang rasa crap membaca post aku or korang tanak tahu pun apa aku nak tulis tapi sedar tak yang korang dah habiskan membaca post ni. Great Job!


*Nanti aku nak post bucket list makanan yang aku nak makan, tunggu jelah ye, maybe harini aku lapar, sebab tu aku asyik cakap pasal makanan.


Okaylah aku nak cari makanan nak tambah kecomelan aku ni.